Minggu, 22 Agustus 2010

5 AMALAN PENGHAPUS DOSA

1. Bertaubat
Rasulullah saw bersabda: Barang siapa yang
bertaubat sebelum terbitnya matahri dari sebelah
Barat, maka Allah akan emenrima taubatnya.
(Riwayat Muslim).

2. Zikrullah.
Rasulullah saw bersabda: Tidakkah kamu mahu
aku beritakan pada kamu semua akan sebaik-baik
amalan pada kamu dan secantik-cantiknya di sisi
pemilik kamu, dan setinggi darjatnya, dan lebih
baik daripada kamu berinfak emas dan perak, dan
sebaik-baik daripada kamu berperang dengan
musuh, lalu kamu membunuh mereka atau kamu
syahid? Lalu sahabat berkata: Ya Rasulullah
menyambung: :Zikrullah. (Riwayat Tarmizi).

3. Keluar menuntut ilmu.
Rasulullah saw bersabda: Sesiapa yang keluar
menuntut ilmu maka Allah akan mempermudah
jalannya ke Syurga. (Riwayat Muslim)

4. Melakukan amal kebaikan dan menunjukkan
jalan kepadanya.
Rasulullah saw bersabda: Semua amal makruf
adalah sedekah dan penunjuk pada kebaikan
seperti orang yang membuatnya. (Riwayat
Bukhari)

5. Dakwah pada jalan Allah.
Rasulullah saw bersabda: Barang siapa yang
berdakwah pada jalan Allah maka baginya pahala
seperti pahala orang-orang yang mengikutnya
tidak kurang pada pahala-pahala mereka itu.
(Riwayat Muslim)

Abu Darda pernah berkata: Dapat mempelajari
suatu masalah itu adalah lebih saya cintai
daripada bangun beribadat sepanjang malam.
Orang alim dan si penuntut ilmu itu adalah dua
orang yang berkongsi kebaikan. Manakala, orang-
orang selain keduanya adalah sesia belaka, tidak
berguna sama sekali.

4 GOLONGAN LELAKI DITARIK WANITA

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alakhirat
akan menarik 4 golongan lelaki ke dalam neraka
Nauzubillah, artikel ini bukan untuk
memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya
kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak
dan saksama serta berwaspada dengan
tanggungjawab yang dipikul

PERTAMA- AYAHNYA
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak
mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia,
dengan tidak memberi keperluan agama seperti
mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia
membiarkan anak-anak perempuannya tidak
menutup aurat, tidak cukup kalau hanya memberi
kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik
oleh anaknya

KEDUA- SUAMINYA
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak
tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,
menghias diri bukan untuk pandangan suami
bahkan untuk pandangan kaum lelaki yang bukan
mahram. Apabila lelaki mendiamkan diri walaupun
dia seorang yang alim etc solat tidak tangguh,
puasa tidak tinggal. Namun dia tetap akan ditarik
oleh isterinya.

KETIGA- ABANG-ABANGNYA
Apabila ayahnya sudah tiada tanggungjawab
menjaga wanita telah jatuh ke pundak abang-
abangnya jikalau mereka hanya mementingkan
keluarganya sahaja dan adik perempuannya
dibiarkan melencong dari ajaran islamtunggulah
tarikan adiknya di akhirat kelak.

KEEMPAT-ANAK LELAKINYA
Apabila anak tidak menasihati ibu perihal kelakuan
yang haram dari islam, bila ibu membuat
kemungkaran mengumpat, mengata dan
sebagainya maka anak itu akan disoal dan
dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.Nantikan
tarikan ibunya

Maka kita lihat disini betapa hebatnya tarikan
wanita bukan sahaja di dunia malah tarikannya di
akhirat juga begitu hebatmaka kaum lelaki yang
bergelar ayah,suami,abang atau anak sekalipun
haruslah berusaha memainkan peranan yang
dipertanggungjawabkan olehNya dengan yang
sebenar

Firman Allah S.W.T :
HAI ANAK ADAM PELIHARALAH DIRI KAMU
SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA
BAHAN BAKARNYA IALAH MANUSIA, JIN DAN
BATU-BATA

1 minit untuk mengingat Allah

* Langkah 1:

* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

* * SUBHANA'LLAH

* * ALHAMDULI'LLAH

* * LA I LAHA ILLA'LLAH

* * ALLAHU AKBAR

* * ASTAGHFIRU'LLAH

* * LA ILAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH

* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA
AALIHI WA SAHBIH AJMA'EEN

* Langkah 2:

* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi
perkataan

* Langkah 3:

* Forward email ini kepada
sekurang-kurangnya 7 orang yang anda
kasihi.

* Hasil 1:

* Dalam tempo satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk
mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.

* Hasil 2:

* Dalam tempo satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk
mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.

* Hasil 3:

* Dalam masa satu jam
sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan
kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para Malaikat.

Wassalam
Bayangkan pada saat kita berdoa dan mendengar
ini:

"Terima kasih, Anda telah menghubungi Rumah
Allah ".
Pilih salah satu:
* Tekan 1 untuk 'meminta'.
* Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
* Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
* Tekan 4 untuk 'lain-lain permintaan'."

Atau, bagaimana jika Malaikat memohon maaf
seperti ini:
"Saat ini semua malaikat sedang membantu
pelanggan lain. Sila tunggu. Panggilan Anda akan
dijawab mengikut giliran."


"Untuk pertanyaan mengenai hakikat syurga &
neraka, sila tunggu hingga Anda tiba disini!!

Bolehkah Anda bayangkan ketika berdoa, Anda
mendapat respon seperti ini:

"Jika Anda hendak berhubung dengan Malaikat
Jibril, tekan 1. Dengan Malaikat Mikail, tekan 2.
Dengan lain-lain Malaikat, tekan 3. Jika Anda ingin
mendengar sari tilawah semasa Anda menunggu,
tekan 4."

Atau Anda juga boleh mendengar ini :
"Komputer kami menunjukkan bahwa Anda telah
membuat panggilan sebanyak satu kali pada hari
ini. Sila cuba kembali esok hari." atau, "Pejabat ini
ditutup pada hujung minggu. Sila hubung kembali
pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."

Alhamdulillah, Allah SWT mengasihi kita, Anda
dapat menelefonNya setiap saat!!!
Anda boleh memanggilNya pada bila-bila masa
saja dan Dia mendengar Anda. Apabila memanggil
Allah, Anda tidak akan mendapat nada sibuk.
Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui
siapa pemanggilnya secara peribadi.

Ketika Anda memanggil, gunakan nombor utama
ini: 24434
2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Ashar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya

Info selengkapnya ada di Buku Telefon
berjudul "AlQur'anul Karim & Hadis Rasul"
Hubungan secara terus, tanpa Operator, tanpa
Perantara, tanpa bayaran.
Nombor 24434 ini memiliki jumlah saluran hunting
yang tak terbatas dan dibuka 24 jam sehari 7 hari
seminggu 365 hari setahun !!.

Allah answer prayers in 3 ways:
1. He says YES and gives you what you want
2. He says NO and give you something better
3. He says WAIT and give you the best..in his own
time.

APA YANG SERING DISEMBUNYIKAN

Ramai lelaki yang mengaku kononnya mereka bersifat macho. Sebenarnya tidak. Hakikatnya lelaki pada umumnya punya gaya feminin, sama seperti wanita. Dalam isi hati dan perasaan lelaki terdapat ciri-ciri kewanitaan. Tidak percaya? Semak contoh-contoh berikut ini:



1) Memang kebanyakan lelaki tidak suka teman wanita atau isteri mereka begitu ghairah melihat barang-barang seperti baju, kasut dan aksesori menarik di depan mata. Jangan tak percaya, kaum lelaki juga tidak terkecuali daripada "hilang kawalan" ketika melihat barang-barang kesukaan mereka walaupun kedua tangan mereka penuh dengan beg plastik ketika membeli-belah.



2) Pada umumnya lelaki tidak suka menonton filem-filem dan drama-drama romantis, apalagi yang menonton filem atau drama yang berakhir dengan kesedihan. Wah, jangan harap wanita dapat mengajak mereka menonton filem seperti itu. Mungkin kaum lelaki beranggapan bahawa filem-filem seperti itu

tidak ada nilai kepada mereka. Padahal ada beberapa hal yang dilakukan mereka yang mungkin tanpa sepengetahuan wanita yang bercirikan kewanitaan; seperti misalnya menonton tv ataupun VCD sentimental yang boleh dikira tidak bernilai kepada mereka. Sebahagian besar mereka mengatakan bahawa pada masa sedang bercinta, menonton filem yang agak sentimental dan romantis pasti akan menyeksa hati dan perasaan mereka. Padahal nyata mereka suka. Bagi kaum wanita pula, cuba lihat perilaku adik lelaki anda yang usianya tidak jauh beza dengan teman lelaki anda, perhatikan perilaku dan kesukaannya. Pasti mereka menikmati wajah-wajah cantik yang muncul di layar tv. Selain itu, mereka juga terbukti suka mengikuti alur cerita filem ataupun drama yang mereka minati. Buktikan saja sendiri!



3) Selain hobi menonton filem sentimental dan melankolik, lelaki juga suka membacamajalah mahupun tabloid wanita. Walau mereka selalu mengeluh ketika berpasangan atau isterinya membeli majalah wanita kononnya boros, tidak bermutu, buang duit tetapi jika diperhatikan pasti majalah-majalah yang dianggap jelek itu akhirnya menjadi bahan bacaan yang menjadi kesukaan mereka terutama pada halaman yang berkisar tentang konsultasi seksologi, cerita mahupun artikel-artikel tentang seks, percintaan dan ramalan bintang. Hal ini kerana dalam artikel-artikel itu mereka dapat menemui cara-cara untuk menyenangkan pasangan mereka ataupun mempelajari cara bagaimana menambat hati kekasih atau isteri mereka.



4) Lelaki juga terbukti suka lagu-lagu cinta, melankolis dan berirama sendu. Hanya mereka takkan mengdengarkan lagu-lagu itu di depan pasangan mereka agar dianggap macho dan gaha. Itulah yang membuatkan mereka terpaksa

mendengarkan koleksi lagu-lagu sendu atau jiwang secara diam-diam agar tidak diketahui oleh pasangan mereka.



5) Tahukah anda bahawa kaum lelaki juga memakai kosmetik. Tidak percaya? Memang produk kosmetik mahupun perawatan untuk lelaki nampaknya hanya dibatasi oleh krim cukur, deodoran dan aftershave, tidak lebih daripada itu. Umumnya mereka hanya membeli produk-produk itu. Tetapi sebenranya kosmetik yang mereka gunakan lebih dari itu. Mereka masih menggunakan susu pembersih mahupun losyen anti jerawat. Akan tetapi untuk lebih mudah, kita biasa melihat para selebriti lelaki yang wajahnya selalu disapu kosmetik dalam setiap acara dan kegiatan. Apalagi losyen badan mahupun krim penghalang cahaya matahari. Mereka sangat suka memakainya. Alasannya supaya kulit tangan mereka tetap halus dan terlindung dari panahan terik matahari. di mana letaknya cantik seseorang Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak

sempurna.



Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik.



Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua

mereka. Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?



Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.



Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w



wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN. Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!

MASA DEPANKU