Minggu, 22 Agustus 2010

4 GOLONGAN LELAKI DITARIK WANITA

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alakhirat
akan menarik 4 golongan lelaki ke dalam neraka
Nauzubillah, artikel ini bukan untuk
memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya
kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak
dan saksama serta berwaspada dengan
tanggungjawab yang dipikul

PERTAMA- AYAHNYA
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak
mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia,
dengan tidak memberi keperluan agama seperti
mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia
membiarkan anak-anak perempuannya tidak
menutup aurat, tidak cukup kalau hanya memberi
kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik
oleh anaknya

KEDUA- SUAMINYA
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak
tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,
menghias diri bukan untuk pandangan suami
bahkan untuk pandangan kaum lelaki yang bukan
mahram. Apabila lelaki mendiamkan diri walaupun
dia seorang yang alim etc solat tidak tangguh,
puasa tidak tinggal. Namun dia tetap akan ditarik
oleh isterinya.

KETIGA- ABANG-ABANGNYA
Apabila ayahnya sudah tiada tanggungjawab
menjaga wanita telah jatuh ke pundak abang-
abangnya jikalau mereka hanya mementingkan
keluarganya sahaja dan adik perempuannya
dibiarkan melencong dari ajaran islamtunggulah
tarikan adiknya di akhirat kelak.

KEEMPAT-ANAK LELAKINYA
Apabila anak tidak menasihati ibu perihal kelakuan
yang haram dari islam, bila ibu membuat
kemungkaran mengumpat, mengata dan
sebagainya maka anak itu akan disoal dan
dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.Nantikan
tarikan ibunya

Maka kita lihat disini betapa hebatnya tarikan
wanita bukan sahaja di dunia malah tarikannya di
akhirat juga begitu hebatmaka kaum lelaki yang
bergelar ayah,suami,abang atau anak sekalipun
haruslah berusaha memainkan peranan yang
dipertanggungjawabkan olehNya dengan yang
sebenar

Firman Allah S.W.T :
HAI ANAK ADAM PELIHARALAH DIRI KAMU
SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA
BAHAN BAKARNYA IALAH MANUSIA, JIN DAN
BATU-BATA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar