1. Bertaubat
Rasulullah saw bersabda: Barang siapa yang
bertaubat sebelum terbitnya matahri dari sebelah
Barat, maka Allah akan emenrima taubatnya.
(Riwayat Muslim).
2. Zikrullah.
Rasulullah saw bersabda: Tidakkah kamu mahu
aku beritakan pada kamu semua akan sebaik-baik
amalan pada kamu dan secantik-cantiknya di sisi
pemilik kamu, dan setinggi darjatnya, dan lebih
baik daripada kamu berinfak emas dan perak, dan
sebaik-baik daripada kamu berperang dengan
musuh, lalu kamu membunuh mereka atau kamu
syahid? Lalu sahabat berkata: Ya Rasulullah
menyambung: :Zikrullah. (Riwayat Tarmizi).
3. Keluar menuntut ilmu.
Rasulullah saw bersabda: Sesiapa yang keluar
menuntut ilmu maka Allah akan mempermudah
jalannya ke Syurga. (Riwayat Muslim)
4. Melakukan amal kebaikan dan menunjukkan
jalan kepadanya.
Rasulullah saw bersabda: Semua amal makruf
adalah sedekah dan penunjuk pada kebaikan
seperti orang yang membuatnya. (Riwayat
Bukhari)
5. Dakwah pada jalan Allah.
Rasulullah saw bersabda: Barang siapa yang
berdakwah pada jalan Allah maka baginya pahala
seperti pahala orang-orang yang mengikutnya
tidak kurang pada pahala-pahala mereka itu.
(Riwayat Muslim)
Abu Darda pernah berkata: Dapat mempelajari
suatu masalah itu adalah lebih saya cintai
daripada bangun beribadat sepanjang malam.
Orang alim dan si penuntut ilmu itu adalah dua
orang yang berkongsi kebaikan. Manakala, orang-
orang selain keduanya adalah sesia belaka, tidak
berguna sama sekali.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar